Friday, September 30, 2011

sesuatu yang ingin dimiliki tetapi sukar direalisasi

1. i dunno the date that i bought DSLR.it's about more or less 2 years ago. and of course i choose a cheaper one brand sony.bajet tarak maa.i'm lucky because my superhero dad are willing to be a share partner.thank u dad for making my dream becomes real. but there's one more thing about DSLR that i really aim to have it.lens SAL85F14Z 85mm f/1.4.and the price is RM 1,299.OMG!!tuh belum tgk yang lain2 yang lagi power daripada tuh.for the beginner, lens cmtuh dah kira ok la tuh.xpayah bajet cam professional ye.huhu.ayah, do u still willing to be a share partner again?=p
 2. ok the second wish is..i want to learn how to play guitar.i know this statement will annoying uolllss.tp serius..teringin sgt nak main.when i watched vc of najwa latif in youtube, rs teringin nak jd cam dia.time2 boring blh melalak sorang2 sambil memetik gitar.tapi sape nak ajar aku haa?any volunteer?tp kalau nak main gitar, i have to spend some money gak nak beli gitar.ish duit lagi..semuanya nak kena guna duit.kan bagus kalau blh byr guna bulu ketiak.kan?kan?kan?

3. Nike LunarGlide+ 3..hny mampu tengok,belum mampu dimiliki..sadis.


 4. actually there's so many things that i dream of. tp cukuplah setakat ni shj entri aku.nanti lagi byk aku list,lagi kuat setan menggoda aku.haha.

Saturday, September 10, 2011

raya blues

late entry about our 1st raya. nothing much to story morry about my raya blues.same like before.1 day before raye we went to kg belah mak.we cooked rendang..dats compulsory every time raye.even raye haji pon kena wat rendang gak.then penginapan 2 hari 1 malam di kampung.
famili kitorg xde tema baju.pakai je ikot suka.and the best thing is..rmai ckp aku dh gemuk kembali.wahh..sebelum ni aku kurus ke?muahaha..takde maknanye.Looking at my raya picture this year, yes I am fatter than last year, which is so depressing. Trying to make some lifestyle changes but it is so difficult. I have been battling weight since forever, and this is like the one obstacle that I cannot defeat anymore.rase nak buat sedut lemak je.muahaha. ok malas nak ckp banyak.tgk je la gmbr raye kitorg kt bawah ni:
 hei budak.lu kasi wa rindu sama lu..

Monday, September 5, 2011

ceritera jodoh

bila cerita tentang jodoh.hati aku jd sayu.nak tau kenape?sbbnye aku belom jumpa lg sang putera yang boleh menawan hati aku.eceh cam la pandai berpujangga aku ni.
bila baca blog member,aku jeles.jeles sbb dia tgh bahagia and sooner or later she will getting married.dan dalam aku baca blog member, ada plak member aku sorg lg mesej offer aku jadi pengapit dia masa wedding reception dia nanti.bertambah sayu la aku.untuk menguatkan semangat dan keimanan aku, aku tergerak utk search artikel yang menceritakan mengenai jodoh.
.............................................
"Nyatakanlah perasaan dan keinginan anda dalam doa-doa lewat solat. Allah itu Maha Mendengar.
Wanita baik untuk lelaki yang baik, sebaliknya wanita jahat untuk lelaki yang jahat. Yakinlah pada janji-Nya kerana kita orang yang beriman.
Biar lambat jodoh asalkan mendapat Mr. Right dan biar seorang diri daripada menjadi mangsa lelaki yang tidak beriman kemudian nanti.Memang kita mudah tersilap mentafsir kehidupan ini. Kita selalu sangka, aku pasti bahagia kalau mendapat ini. Hakikatnya, apabila kita benar-benar mendapat apa yang kita inginkan itu, ia juga datang bersama masalah.Kita juga selalu melihat orang memandu kereta mewah dan terdetiklah dihati kita, alangkah bahagianya orang itu.Hakikatnya, apabila kita sendiri telah memiliki kereta mewah, kita ditimpa pelbagai karenah.Tidak mustahil pula orang yang memandu kereta mewah terpaksa membayar lebih tatkala berhenti untuk membeli durian di tepi jalan.Ketika anda terperangkap dalam kesesakan jalan raya, motosikal mencelah-celah hingga mampu berada jauh dihadapan.Anda pun mengeluh, alangkah baiknya kalau aku hanya menunggang motosikal itu dan cepat sampai ke tempat yang dituju.
Padahal si penunggang motosikal sedang memikirkan bilakah dia akan memandu kereta.

Bukan semua yang anda sangka membahagiakan itu benar-benar membahagiakan.

Berkahwin itu indah dan nikmat bagi yang benar-benar mengerti segala tuntutannya. Berkahwin itu menjanjikan pahala tidak putus-putus bagi yang menjadikannya gelanggang untuk menjadikan syurga sebagai matlamat.
Berkahwin itu sempadan dari ketidaksempurnaan insan kepada kesempurnaan insan bagi yang mengetahui rahsia-rahsianya.Berkahwinlah demi Tuhan dan Nabi-Nya, bukan kerana perasaan dan mengikut kebiasaan.Jodoh usah terlalu dirisaukan, tiba masanya ia akan datang menjemput, namun perlu juga anda membuka lorong-lorongnya agar jemputan itu mudah sampai.
Kadangkala Allah sembunyikan matahari, Dia datangkan petir dan kilat. Kita menangis dan tertanya-tanya, kemana menghilangnya sinar. Rupa-rupanya Allah nak hadiahkan kita pelangi.
Cinta yang disemadikan tidak mungkin layu selagi ada imbas kembali.
Hati remuk kembali kukuh selagi ketenangan dikecapi.
Jiwa yang pasrah bertukar haluan selagi esok masih ada.
Parut lama pastikan sembuh selagi iman terselit di dada.
Kekayaan yang paling kaya adalah akal, kemiskinan yang paling besar adalah jahil, keburukan yang paling hodoh adalah sesat.
Tidak berguna adanya mata andai tidak dapat melihat, tak guna adanya hati kalau tak tahu menilai.
Nilailah hati itu dengan teliti sebelum pergi mengundur diri kerana segalanya bermula dengan niat yang bertempat di hati"
 
Another..

"Semua yang terjadi pada diri manusia itu sudah ada qada’ dan qadar nya, termasuklah soal jodoh yang merupakan antara perkara terpenting bagi seorang wanita. qada’ ialah ketentuan manakala qadar ialah sukatan. qada’ ada 2, pertama yang sudah tetap seperti kematian dan yang kedua ialah yang boleh diusahakan seperti jodoh…
bagi wanita yang sudah bertemu pilihan hati yang sesuai, dan sudah sampai masa utk berkahwin, dibolehkan utk wanita itu ‘meminta’ lelaki pilihannya melalui org tengah, spt kwn2, ustaz, atau saudara maranya. contoh terbaik adalah saidatina khadijah isteri Rasulullah, beliau meminta tolong org tengah untuk ‘bertanya’ ttg nabi. dan hasilnya sangat baik sehingga khadijah menjadi isteri yang paling dicintai nabi. subhanallah. jika niat kita benar dan ikhlas, insyaallah rahmat allah sentiasa mengiringi. jangan terlalu memikirkan kata masyarakat jika jodoh belum sampai, mulut org bukan kawalan kita kan…namun kita wajib usaha, bukan sekadar berdoa diatas tikar sejadah saja untuk dipertemukan jodoh…
bagi yang sudah berusaha spt di atas namun belum bertemu, janganlah kamu merendah diri kerana Allah amat menyayangimu, jgn sesekali kamu menggugurkan diri pada sang lelaki yang tidak halal buatmu, daripada jaga diri tak couple tetiba rasa nak couple sbb tkt tak dapt jodoh, nauzubillah, islam ada panduannya kan…inilah ujian allah utkmu utk meningkatkan imanmu…jangan putus asa…jika takdir dirimu tidak bertemu jodohmu di dunia, pasti allah balas kesabaranmu dengan suami di syurga kelak…

wallaahualam…"

haa..kan touching tuh bila baca.kan?kan?kan?i dunno how to put in words my feeling rite now.
Allah knows better.for now, i just hoping for the best in my life.thanx Allah until now U still give me a chance to breath and beribadat di atas tikar sejadahMu..syukur!