Sunday, April 15, 2012

weekend update

alahai sedeynye jumaat rituh tak dapat g umah zulia.tiba-tiba dapat mesej daripada makcik aku mintak hantar dia pegi gleneagles hospital kerana masalah bisul di punggung.tetttt!tak baik gelakkan orang sakit tau.ape kejadahnye bisul kat punggung kena pegi hospital.tapi bila dah pegi hospital,doktor cakap kena admitted.oo ok.. kritikal jugak la masalah bisul di punggung beliau ni rupanye.pukul 12 tengah malam baru dia admitted.ni lagi satu masalah gleneagles ni..servis macam GH.aku berkampung kat situ dari pukul 7 malam sampai 12 malam.bedded full katanya.perghhh kuat betul iman aku malam tuh kerana bersabar.muka tenang je dengan harapan ada doktor hensem datang mintak no fon aku.kahkahkah (cicak kat syiling pon boleh jatuh tergelakkan aku..geli sgt hati dengar statement aku ni).so kesimpulannya malam tuh memang aku tak pegi umah zulia.

then, sabtu aku pegi menyertai rombongan cik kiah ke pontian, johor.rombongan ini bukan bertujuan untuk lawatan ke sukan komanwel,sukma ataupun sukan rakyat.tetapi tujuannya adalah untuk mengantar pengantin yang merangkap sepupu aku.kawen dengan org johor u olll.kelas kau maria!!sedey jugak lah sbb tak dapat nak attend zulia's wedding.
nilah dia rombongan cik kiah tuh.memang joyah habis.nasib baik tak keluar berita "benut,pontian dilanda gempa bumi akibat gegaran yang dibawa oleh rombongan cik kiah"

yang lelaki tuh lah sepupu aku.selamat pengantin baru kamil & ju..semoga bahagia hingga ke anak cucu.

me and my nephew!kami juga nak beraksi..tadaaaa!!

last but not least, here are some words or wishes that I want to say for my best buddy on her wedding. Wishing u love and joy in your married years to come. May Allah gives His bless for both of u. My prayers are with you for successful married life.Congratulations!!
 ko memang sempoi dari dulu sampai dah kawen.tak pernah nye nak berubah dengan tanda keamanan ko tuh.despite u are doing that, u still remain gorgeous and beautiful. keep on sempoi-ing.hehe..p/s:credit to puridah burandin for zulia's photo.

Thursday, April 12, 2012

ketawa sorang-sorang

hi guys!!(ececeh..bajet macam pengacara mytv3 la teww)

aku sebenarnye buat2 tekun je mengadap komputer kengkononnye macam komited sangat la terhadap keje.choii!

selalunye jumaat mood aku untuk bekerja berada pada tahap yang amat rendah.tidak boleh diselamatkan lagi.syaitan nirrajim mula meninggikan tanduknya menghasut aku untuk tidak tawaduk.apa kaitan tah tawaduk ngn kerja.ade kaitan ke?ape2 je la nokk.

tapi kan u olls (buat gaya ala2 gedik giteww)..ada satu perkara yang aku rajin.berjoyah!!ahaa..suruh la aku berjoyah dari pagi sampai maghrib (terpaksa berhenti mahgrib sebab mak aku cakap setan banyak keluar bersiar-siar waktu maghrib)..aku sanggup je.tapi kalau suruh aku wat keje, paling efisien adalah 1 jam je.pas tuh mula cari kawan untuk berjoyah.ek eh ceghita pasal berjoyah ni, tak sabar nak jumpa geng2 joyah aku malam ni.plannye nak g umah zulia (member kamcing..bukan kencing ok!!)masa kat sekolah dulu.dia nak kahwin dah u olls.alahai..dulu air liur dia aku yang lapkan, nasi goreng sebesar penumbuk aku suapkan kt mulut dia..tuptup dah nak kahwin.ape ni weh..ni dah langkah mr bean dah ni. (tak nak guna perkataan langkah bendul.tak international la u ollss).

semalam aku roger member2 ajak g umah zulia ini malam.mana tau boleh tolong pape yang patot.tapi kalau dah ada geng joyah ni bukannye tolong pape pon.tolong kasik gegarkan rumah dia sampaikan umah selang dua lorong pon boleh bergema.respon mesej yang paling tak boleh blah ialah mesej dari ninie (ninie member 1 kelas masa form 4 n form 5..memang tak kering gusi dok ngan dia).

mesej dihantar..
aku: sok malam nak jenguk zulia tak?mana tau boleh berinai sekali ngan dia.
ninie: boleh je.kau jemput aku kat umah.hahaha.
aku: nak aku jemput naik helikopter ke pesawat pejuang?baiklah cik puan.sok pas isyak aku jemput.
ninie: nek kete kebal tau. pakaian formal ke idak?
aku: kete kebal hantar servis.pakai bikini je kot.seksi sikit.haha.pakai biasa je la.dia bukan nikah malam ni pon.dia nikah sabtu pagi.
ninie: adoi..bikini hantar dobi la.aku pakai boxer kain pelekat je lah.ok jumpa esok.

bengong punya ninie.buat aku tergelak sorang-sorang malam tadi.