Tuesday, October 30, 2012

Craving For Something

Jam menunjukkan pukul 5.20 petang dan untuk makluman semua, saya telah kehabisan kerja. That's GOOD!!intai-intai ke luar jendela, rupa-rupanya hujan turun membasahi bumi (wahh ayat kau!).patutlah sejuk semacam kat ofis ni. Perut tak lapar pon tapi tekak rasa nak makan sesuatu. mengidam?oh no!!

Berfikir sesuatu untuk dimakan.tengok kat meja pantry hanya ada biskut kering hup seng, kerepek-kerepek.alahai..takde makanan mahal lagi ke?miahaha.tanya sama tekak apa kau mahu makan haa?TING!!!!tiba-tiba tekak cakap nak makan fast food.

KFC Zinger Double Down..ALL MEAT, ALL MAN, ALL CHOLESTEROL..ouch..ouch..ouch..

Spice & Ice..HEAT UP.COOL DOWN.WEIGHT UP.thank you very much.

Uwaaaaaaa..bencinya.semua makanan sedap semuanya menambahkan tingkat lemak aku di perut. sekarang ni pon dah macam apartment 3 tingkat.tapi orang tua-tua kata, kalau dah teringin tuh, beli je lah. nanti kempunan. so aku pegang kata-kata tersebut. balik kerja ni boleh pegi beli la kan?kan?kan?(tekak berjoget-joget riang, lemak kata oh yes!!bertambah lagi kawan kita, penimbang kata oh nooooo!!!)

p/s: takpelah..sok kita jogging k..=)

Monday, October 29, 2012

COTTON GRADE A

Assalamualaikum w.b.t

Hari ni berlaku lambakan kain cotton kat ofis. rase macam kerja kat kilang cotton plak.padahal takde la banyak sangat pon. tapi serius beb..corak-corak dia santek-santek.meh aku try bagi korang tengok.kot-kot ade berkenan nak buat baju untuk kenduri kawen ke, deepavali ke, christmas ke ataupun masa nak sambut tahun baru ke.takde salahnye pakai baju kurung cotton instead of korang pakai baju yang macam tak cukup kain tuh kan.miahahahaha mari belasah aku.mulut takde insurans.



 




Panjang 4m, bidang 45", harga RM 80.00