Sunday, May 22, 2011

pada sebuah ketentuan


jantung tersentap..
air mata berlinangan..
akal berfikir sejenak...

itu yang berlaku bila tengok berita..kes tanah runtuh di Hulu Langat.salah siapa?

salah tangan manusia yang begitu rakus dengan arus pembangunan yang pesat?

aku tak punya jawapan untuk itu.mungkin ya.kerakusan manusia menyebabkan alam memberontak.

tapi aku punya jawapan untuk mengatakan bahawa semuanya adalah ketentuan Allah.Allah Maha Mengetahui setiap apa yang berlaku.aku berfikir sejenak.menginsafi diri.semoga roh-roh mereka yang terkorban ditempatkan bersama orang-orang yang beriman.Amin ya rabbal alamin...

tak sanggup melihat wajah-wajah mereka yang trauma selepas kejadian.sedih.pilu.sebak perasaan aku. tak terbayang oleh aku bagaimana mereka menghadapi saat-saat yang telah ditentukan oleh Allah itu.."kun fayakun".siapa kita utk menghalang?semoga ianya menjadi pengajaran buat kita.

Al-fatihah kepada semua adik-adikku yang telah pergi buat selama-lamanya..semoga roh mu dicucuri rahmat oleh Yang Maha Esa. dan pada yang masih hidup..didoakan semoga kamu sentiasa tabah dengan ujian yang telah diberikan ini. Yang pergi tetap akan pergi dan kita yang masih hidup perlu teruskan kehidupan dengan berpegang pada tali Allah.insyaAllah..segala keperitan akan berakhir.lots of love~

No comments:

Post a Comment