Monday, September 5, 2011

ceritera jodoh

bila cerita tentang jodoh.hati aku jd sayu.nak tau kenape?sbbnye aku belom jumpa lg sang putera yang boleh menawan hati aku.eceh cam la pandai berpujangga aku ni.
bila baca blog member,aku jeles.jeles sbb dia tgh bahagia and sooner or later she will getting married.dan dalam aku baca blog member, ada plak member aku sorg lg mesej offer aku jadi pengapit dia masa wedding reception dia nanti.bertambah sayu la aku.untuk menguatkan semangat dan keimanan aku, aku tergerak utk search artikel yang menceritakan mengenai jodoh.
.............................................
"Nyatakanlah perasaan dan keinginan anda dalam doa-doa lewat solat. Allah itu Maha Mendengar.
Wanita baik untuk lelaki yang baik, sebaliknya wanita jahat untuk lelaki yang jahat. Yakinlah pada janji-Nya kerana kita orang yang beriman.
Biar lambat jodoh asalkan mendapat Mr. Right dan biar seorang diri daripada menjadi mangsa lelaki yang tidak beriman kemudian nanti.Memang kita mudah tersilap mentafsir kehidupan ini. Kita selalu sangka, aku pasti bahagia kalau mendapat ini. Hakikatnya, apabila kita benar-benar mendapat apa yang kita inginkan itu, ia juga datang bersama masalah.Kita juga selalu melihat orang memandu kereta mewah dan terdetiklah dihati kita, alangkah bahagianya orang itu.Hakikatnya, apabila kita sendiri telah memiliki kereta mewah, kita ditimpa pelbagai karenah.Tidak mustahil pula orang yang memandu kereta mewah terpaksa membayar lebih tatkala berhenti untuk membeli durian di tepi jalan.Ketika anda terperangkap dalam kesesakan jalan raya, motosikal mencelah-celah hingga mampu berada jauh dihadapan.Anda pun mengeluh, alangkah baiknya kalau aku hanya menunggang motosikal itu dan cepat sampai ke tempat yang dituju.
Padahal si penunggang motosikal sedang memikirkan bilakah dia akan memandu kereta.

Bukan semua yang anda sangka membahagiakan itu benar-benar membahagiakan.

Berkahwin itu indah dan nikmat bagi yang benar-benar mengerti segala tuntutannya. Berkahwin itu menjanjikan pahala tidak putus-putus bagi yang menjadikannya gelanggang untuk menjadikan syurga sebagai matlamat.
Berkahwin itu sempadan dari ketidaksempurnaan insan kepada kesempurnaan insan bagi yang mengetahui rahsia-rahsianya.Berkahwinlah demi Tuhan dan Nabi-Nya, bukan kerana perasaan dan mengikut kebiasaan.Jodoh usah terlalu dirisaukan, tiba masanya ia akan datang menjemput, namun perlu juga anda membuka lorong-lorongnya agar jemputan itu mudah sampai.
Kadangkala Allah sembunyikan matahari, Dia datangkan petir dan kilat. Kita menangis dan tertanya-tanya, kemana menghilangnya sinar. Rupa-rupanya Allah nak hadiahkan kita pelangi.
Cinta yang disemadikan tidak mungkin layu selagi ada imbas kembali.
Hati remuk kembali kukuh selagi ketenangan dikecapi.
Jiwa yang pasrah bertukar haluan selagi esok masih ada.
Parut lama pastikan sembuh selagi iman terselit di dada.
Kekayaan yang paling kaya adalah akal, kemiskinan yang paling besar adalah jahil, keburukan yang paling hodoh adalah sesat.
Tidak berguna adanya mata andai tidak dapat melihat, tak guna adanya hati kalau tak tahu menilai.
Nilailah hati itu dengan teliti sebelum pergi mengundur diri kerana segalanya bermula dengan niat yang bertempat di hati"
 
Another..

"Semua yang terjadi pada diri manusia itu sudah ada qada’ dan qadar nya, termasuklah soal jodoh yang merupakan antara perkara terpenting bagi seorang wanita. qada’ ialah ketentuan manakala qadar ialah sukatan. qada’ ada 2, pertama yang sudah tetap seperti kematian dan yang kedua ialah yang boleh diusahakan seperti jodoh…
bagi wanita yang sudah bertemu pilihan hati yang sesuai, dan sudah sampai masa utk berkahwin, dibolehkan utk wanita itu ‘meminta’ lelaki pilihannya melalui org tengah, spt kwn2, ustaz, atau saudara maranya. contoh terbaik adalah saidatina khadijah isteri Rasulullah, beliau meminta tolong org tengah untuk ‘bertanya’ ttg nabi. dan hasilnya sangat baik sehingga khadijah menjadi isteri yang paling dicintai nabi. subhanallah. jika niat kita benar dan ikhlas, insyaallah rahmat allah sentiasa mengiringi. jangan terlalu memikirkan kata masyarakat jika jodoh belum sampai, mulut org bukan kawalan kita kan…namun kita wajib usaha, bukan sekadar berdoa diatas tikar sejadah saja untuk dipertemukan jodoh…
bagi yang sudah berusaha spt di atas namun belum bertemu, janganlah kamu merendah diri kerana Allah amat menyayangimu, jgn sesekali kamu menggugurkan diri pada sang lelaki yang tidak halal buatmu, daripada jaga diri tak couple tetiba rasa nak couple sbb tkt tak dapt jodoh, nauzubillah, islam ada panduannya kan…inilah ujian allah utkmu utk meningkatkan imanmu…jangan putus asa…jika takdir dirimu tidak bertemu jodohmu di dunia, pasti allah balas kesabaranmu dengan suami di syurga kelak…

wallaahualam…"

haa..kan touching tuh bila baca.kan?kan?kan?i dunno how to put in words my feeling rite now.
Allah knows better.for now, i just hoping for the best in my life.thanx Allah until now U still give me a chance to breath and beribadat di atas tikar sejadahMu..syukur!

4 comments:

  1. sabar ye kak ina....ade jodoh 1 ari nanti..insyaallah..anis kan nak jadi pengapit akak..haha

    ReplyDelete
  2. jgn la besedih Ina.semuanya kuasa Allah.nampaknye doa mak aku trhdp jodoh ko ngn abg aku cm terlewat sikit..x pe ina..usehe lg..chaiyokk..nnti mak ayh ina gi mekkah mtk la doa..insyallah..Allah pasti da reserve ko seorg bakal suami mithali yg susah nk dpt dlm dunia ni.. tu yg susah sikit amek mase hikhik

    ReplyDelete
  3. uwaaaa.touching beb.insyaAllah..p/s:mak ko xckp pon nak jdkan aku menantu dia?haha

    ReplyDelete