Friday, November 11, 2011

dosa saya.anda?

bila manusia melihat manusia lain mengumpat, timbul keinginan untuk tahu isi kandungan perkara yang diumpatkan. setuju?

mengumpat memang sesuatu yang menyeronokkan.saya tahu anda setuju. cerita tentang keburukan manusia lain ditambah pula dengan perasa-perasa tambahan memang menyeronokkan. kita kata manusia itu tak betul, manusia itu menyusahkan, manusia itu keji dan sebagainya.

tapi....

bila mana kita mengumpat tentang manusia lain, pernah tak kita terfikir bahawa diri kita juga tidak sempurna. tiada manusia dilahirkan sempurna. ya saya akui..kadang-kadang kita benci dengan manusia lain, kita akan cari keburukan manusia itu lalu kita sama-sama berjemaah melakukan umpatan terhadap manusia itu.

itu dosa saya. sesungguhnya dosa saya dan dosa anda sangat banyak. setuju?

dosa mengumpat adalah lebih besar daripada dosa zina. MasyaAllah. dosa zina bila mana kita bertaubat, Allah akan ampunkan segala dosa yang dilakukan. tetapi bila bercakap tentang dosa mengumpat, tidak akan diampunkan oleh Allah akan dosanya selagi kita tidak meminta ampun daripada orang yang diumpat. Nauzubillah.

saya bukan orang alim, saya bukan ustazah pilihan =p..tetapi saya cuba untuk mencari keredhaan Allah.

love~

No comments:

Post a Comment