Thursday, March 29, 2012

sabar

dengan berlatarbelakangkan lagu instrumental kenny g (cewahhh),aku nak story sikit cerita pada hari ini.hari ni mood tak berapa nak ceria sebabnya biarlah Allah sahaja yang tau. kadang-kadang kita tak mampu nak puaskan hati semua orang.ada orang suka dengan cara kita dan ada orang yang tak suka dengan cara kita. itu lumrah kehidupan. kita bukan malaikat. tak mampu puaskan hati semua orang. jalan yang terbaik adalah sabar kerana sabar itu adalah separuh daripada iman. Allah ciptakan manusia dengan pelbagai ragam. Aku bukan manusia yang terbaik tapi aku cuba untuk jadi baik. Biarlah orang lain mengata mengenai keburukan kita, jgn kita mengata tentang keburukan orang lain. Biarlah orang benci kita, jgn kita benci orang lain. Walaupun kadang-kadang perbuatan seseorang itu membuatkan kita sakit hati dan rasa nak menangis, didiklah hati untuk sentiasa bersabar. Menangislah di dalam hati biar Allah shj yang mengetahuinya. Di setiap kesabaran itu, pasti ada ganjarannya. Wahai hati, BERSABARLAH DIKAU!!..

p/s: lepas dah luahkan kat blog ni baru rasa lega sikit =).bukan tujuan untuk memburukkan seseorang tapi hanya sebagai tazkirah untuk diri sendiri supaya berusaha untuk jadi yang terbaik..lots of love~

No comments:

Post a Comment