Assalamualaikum w.b.t
Korang ingat tak dulu masa zaman kanak-kanak ribena time-time kat sekolah, korang wujudkan buku biodata untuk kawan-kawan. kawan-kawan pon dengan perasan teruja dan gediknya tulis maklumat-maklumat diri dengan kepala biodatanya tertulis "welcome to my world" or "lets check it out" or "something bout me"..ecewahh bajet internasional la tuh.LOL. ok bukan kepala biodata yang aku nak citer tapi nak sentuh pasal "kawan baik" or "best friend" or "kawan kencing kamceng" or "kawan sebulu" (haktoi! tak senonoh bunyinye). Selalu kan kalau kat biodata ada tulis sape kawan baik kita. seperti contoh kawan baik: tipah, peah, hantu kak limah dan sebagainya. aku tau korang mesti selalu gedik-gedik tulis biodata an?an?an?aku pon tak terkecuali.aku pon ada state kan siapa kawan baik aku tapi dah lupa sebabnya setiap tahun ada je perubahan.hahaha.taklah..aku tipu je.sebabnya aku dah tak ingat siapa yang aku state kan tuh.
Tapi kan bila dah menginjak dewasa ni.eceh menci tau sebut dewasa-dewasa ni.cam dah tua je rasa.aku rasa perkataan "best friend" tuh dah tak sesuai. bukan sebab aku suka isolate kan diri or suka nak bermusuh-musuhan dengan orang, tapi perkataan "best friend" ni kalau tak silap aku bermaksud seseorang yang korg boleh berceghita saat suka dan duka, yang sentiasa update antara satu sama lain, yang sentiasa hang out together, yang sentiasa menangis sebab rindukan korang (perghhh ni giler punya ekstrem kawan baik ni..lain mcm dowh~). tetapi disebabkan kekangan masa yang dialami..almaklumlah masing-masing dah ada komitmen sendiri (keje, boyfriend, family etc)..thats why aku kata perkataan "best friend" dah tak sesuai untuk aku sekarang.
Teringat masa zaman sekolah rendah dulu, kawan baik aku adalah jiran sebelah umah. pergi sekolah sama-sama, balik sekolah sama-sama, main petang sama-sama, kena kejar anjing sama-sama (hoii giler hanjing ko anjing!!!).best jadik budak kecik yang belum baligh ni. terasa dunia bagai syurga..perghh!!tapi biler kena marah dengan cikgu dan makayh, terasa bagai berada di pintu neraka.masyaAllah.ingat dulu-dulu masa aku main kat taman mainan kat umah aku..balik lewat setengah jam daripada waktu yang ditetapkan oleh si ayah.balik-balik jek, si ayah dah cekak pinggang. ok time tuh rasa macam nak cari ayah angkat yang sangat baik hati dan tak suka marah-marah.hahaha giloo aku ni.tapi, walaupon si ayah garang, dia tetap baik.aku sayang si ayah sampai mati. terima kasih kerana telah mendidik si anak sehingga berjaya (berjaya la sangattttt aku ni)
Zaman sekolah menengah pulak, kawan baik aku adalah rakan-rakan sekelas.kepala hotak dorg sama cam aku.kenakalan tiada tandingan. sekolah semuanye pompuan. so kitorg pon jadik heroin la dalam kelas tuh.selalu kelas dapat anugerah black list. banyakkan jasa kitorg.ngee~tapi memang best zaman sekolah. kalau diberi peluang, memang nak kembali ke sekolah. nak jadi budak baik, tak nakal2 dah, nak belajar rajin-rajin sampai boleh jadi pelajar paling cemerlang di dalam Malaysia.hehu.
Lepas habis sekolah, masuk matrik pulak. It was sucked!!jadual packed giler.hidup hanya dengan buku.diorang laa bukan aku.hidup aku hanya dengan tilam.stress tol dok matrik.skema rama je budak2 nye.tapi banyak gak pengajaran yang aku dapat daripada matrik tuh.aku mula belajar jadi budak baik, belajar mendekatkan diri dengan Allah, belajar hidup berjauhan dengan makayah, belajar hidup berdikari..Alhamdulillah..
Lepas matrik, masuk UPM..baru rasa boleh bernafas. hidup sangat enjoy.dapat jumpa ramai kawan2.dapat lepak kat luar sampai kol 1 pagi pon orang tak heran. perghh nikmatnya zaman belajar..
Sekarang dah keje..masih enjoy tapi kadang-kadang bosan gak. kawan-kawan ramai yang dah kawen. kadang-kadang teringin gak nak rasa hidup berumahtangga.hehu.kalau nak enjoy, aku carik kawan kat UPM.kat situ ramai kawan-kawan yang single tapi tak sure available ke tak.bukannyer leh caye diorang ni. kalau boring kat rumah, aku ajak kawan-kawan sekolah hang out sama-sama.
Syukur Alhamduliilah aku masih ada kawan lagi setakat hari ni. walaupon jarang-jarang sangat jumpa diorang, tapi ingatan pada diorang tetap wujud.perghhh!!ayat kau tak leh blah..so kesimpulannya,
so kepada sahabat-sahabatku sekalian, ini khas untuk anda
p/s: cheers~
Pergh, tak bley blah statement ko "kalau nak enjoy, aku carik kawan kat UPM.kat situ ramai kawan-kawan yang single tapi tak sure available ke tak.bukannyer leh caye diorang ni", coz
ReplyDelete1) time njoy jek ko ingat kat kteowg..time g masjid wat terawih x der plak kan..hehehe
2) single but nt available? ko mention kan pah ker? hakhakhak
tapi wateverpon ina, ko ttp kawan aku dunia akhirat walupun aku x tulis kat biodata "something 'bout me" and state ko best friend aku..tp kiter best friend ker? hihihi..peace yo girl..
Agak2 ko nak bace balik x buku biodata ko punye yg ade kt aku. Hikhikhik
ReplyDelete