Friday, June 1, 2012

marathon

assalamualaikum w.b.t (perghhh berbudi bahasa plak aku hari ni) 

dah lama tak hapdate blog ni.setiap kali nak hapdate mesti takde mende pon nak habaq maii kat hangpa.sebabnye aku bukan dilahirkan sebagai penglipurlara,penulis novel, pengarang buku teks budak sekolah mahupun biduanita negara..muahahaha..(pap..pap..pap tampar 3 kali pipi aku.tah mendenye yang aku merepek ni)aku ni hobi dikala kebosanan adalah baca blog orang je.suka baca blog hapdate yg kelakar2.pas tuh aku sengih sorang2.kalo kelakar tahap dewa baru aku gelak sorang2.mak aku cakap tak elok anak dara gelak berjemaah..nanti dah macam jantan.tapi bila pikir balik..elok ke gelak sorang2 ek?tak ke itu gila namanya?arghh..ape2 jelah.janji aku xlupa solat 5 waktu, berpuasa di bulan Ramadhan bukan la dikira gila kan.tapi giler2 ye lah.. 

hari ni rasa cam badan sengal2.sebabnye semalam buat pertama kali nye seumur hidup aku,tergerak hati nak join training untuk pertandingan marathon mewakili zon tengah tempat aku bekerja sekarang.perghhhh..semangat2.aku ni bab2 sukan ni mmg aku minat.minat aku ni cam laki ckit.tp kalau tgk luaran cam perempuan melayu terakhir..ngahngah (korang mesti rasa nak tampar aku kan).sejak dari sekolah aku masuk netball,pastuh dah agak bosan aku tukar minat kepada softball (main bodoh2 kt UPM dulu..tp main bodoh2 pon sampai patah ankle masuk besi..besar kan pengorbanan aku..padang UPM jadi saksinye..padan muka la kat aku..nak sgt jadi jaguh kampung)..pas tuh dah keje, aku masuk marathon plak.tapi aku rasa la kan,nanti masa pertandingan mesti aku jadi cam gambar di bawah:
giler arr..so sekarang ni aku dah mula menggiatkan diri untuk berjogging setiap ari.sebenarnye tujuannye nak kurus je.haha.mak aku penah cakap "kau ni bersukan aktif,tp kurus tak jugak"..mak,i sentap mak!!nasib baik la mak sendiri kan..haha.ni makayah aku tak tau lagi aku masuk marathon ni.kalo depa tau,confirm depa gelakkan aku.sentap buat kali kedua!!huu~ 

tadi masa perhimpunan bulanan RISDA, ada majlis perlancaran pendakian gunung kinabalu.bangga je aku tgk muka semua pendaki.aku cuba bayangkan aku adalah salah seorang dari pendaki.tp sygnye aku tak terpilih sbb masa taklimat aku tak pegi.so sape tak pegi,nama akan terus ditolak drp senarai pemilihan pendaki.time aku g bercuti tuh la dia nak wat taklimat.frust tau nokk..tp takpelah org kata takde rezeki.mungkin ade hikmahnye.ewahh~dah pandai pujuk diri sendiri ni.syabas azlina..haha. ok lah..masa untuk kembali bekerja.nak pi solat jap..nak mohon dipercepatkan jodoh..(tetibe je kau ni)..kalo rajin aku hapdate lg..papai.. 

 p/s: jgn lupa solat 5 waktu (tetibe lagi kau ni)

Sunday, April 15, 2012

weekend update

alahai sedeynye jumaat rituh tak dapat g umah zulia.tiba-tiba dapat mesej daripada makcik aku mintak hantar dia pegi gleneagles hospital kerana masalah bisul di punggung.tetttt!tak baik gelakkan orang sakit tau.ape kejadahnye bisul kat punggung kena pegi hospital.tapi bila dah pegi hospital,doktor cakap kena admitted.oo ok.. kritikal jugak la masalah bisul di punggung beliau ni rupanye.pukul 12 tengah malam baru dia admitted.ni lagi satu masalah gleneagles ni..servis macam GH.aku berkampung kat situ dari pukul 7 malam sampai 12 malam.bedded full katanya.perghhh kuat betul iman aku malam tuh kerana bersabar.muka tenang je dengan harapan ada doktor hensem datang mintak no fon aku.kahkahkah (cicak kat syiling pon boleh jatuh tergelakkan aku..geli sgt hati dengar statement aku ni).so kesimpulannya malam tuh memang aku tak pegi umah zulia.

then, sabtu aku pegi menyertai rombongan cik kiah ke pontian, johor.rombongan ini bukan bertujuan untuk lawatan ke sukan komanwel,sukma ataupun sukan rakyat.tetapi tujuannya adalah untuk mengantar pengantin yang merangkap sepupu aku.kawen dengan org johor u olll.kelas kau maria!!sedey jugak lah sbb tak dapat nak attend zulia's wedding.
nilah dia rombongan cik kiah tuh.memang joyah habis.nasib baik tak keluar berita "benut,pontian dilanda gempa bumi akibat gegaran yang dibawa oleh rombongan cik kiah"

yang lelaki tuh lah sepupu aku.selamat pengantin baru kamil & ju..semoga bahagia hingga ke anak cucu.

me and my nephew!kami juga nak beraksi..tadaaaa!!

last but not least, here are some words or wishes that I want to say for my best buddy on her wedding. Wishing u love and joy in your married years to come. May Allah gives His bless for both of u. My prayers are with you for successful married life.Congratulations!!
 ko memang sempoi dari dulu sampai dah kawen.tak pernah nye nak berubah dengan tanda keamanan ko tuh.despite u are doing that, u still remain gorgeous and beautiful. keep on sempoi-ing.hehe..p/s:credit to puridah burandin for zulia's photo.

Thursday, April 12, 2012

ketawa sorang-sorang

hi guys!!(ececeh..bajet macam pengacara mytv3 la teww)

aku sebenarnye buat2 tekun je mengadap komputer kengkononnye macam komited sangat la terhadap keje.choii!

selalunye jumaat mood aku untuk bekerja berada pada tahap yang amat rendah.tidak boleh diselamatkan lagi.syaitan nirrajim mula meninggikan tanduknya menghasut aku untuk tidak tawaduk.apa kaitan tah tawaduk ngn kerja.ade kaitan ke?ape2 je la nokk.

tapi kan u olls (buat gaya ala2 gedik giteww)..ada satu perkara yang aku rajin.berjoyah!!ahaa..suruh la aku berjoyah dari pagi sampai maghrib (terpaksa berhenti mahgrib sebab mak aku cakap setan banyak keluar bersiar-siar waktu maghrib)..aku sanggup je.tapi kalau suruh aku wat keje, paling efisien adalah 1 jam je.pas tuh mula cari kawan untuk berjoyah.ek eh ceghita pasal berjoyah ni, tak sabar nak jumpa geng2 joyah aku malam ni.plannye nak g umah zulia (member kamcing..bukan kencing ok!!)masa kat sekolah dulu.dia nak kahwin dah u olls.alahai..dulu air liur dia aku yang lapkan, nasi goreng sebesar penumbuk aku suapkan kt mulut dia..tuptup dah nak kahwin.ape ni weh..ni dah langkah mr bean dah ni. (tak nak guna perkataan langkah bendul.tak international la u ollss).

semalam aku roger member2 ajak g umah zulia ini malam.mana tau boleh tolong pape yang patot.tapi kalau dah ada geng joyah ni bukannye tolong pape pon.tolong kasik gegarkan rumah dia sampaikan umah selang dua lorong pon boleh bergema.respon mesej yang paling tak boleh blah ialah mesej dari ninie (ninie member 1 kelas masa form 4 n form 5..memang tak kering gusi dok ngan dia).

mesej dihantar..
aku: sok malam nak jenguk zulia tak?mana tau boleh berinai sekali ngan dia.
ninie: boleh je.kau jemput aku kat umah.hahaha.
aku: nak aku jemput naik helikopter ke pesawat pejuang?baiklah cik puan.sok pas isyak aku jemput.
ninie: nek kete kebal tau. pakaian formal ke idak?
aku: kete kebal hantar servis.pakai bikini je kot.seksi sikit.haha.pakai biasa je la.dia bukan nikah malam ni pon.dia nikah sabtu pagi.
ninie: adoi..bikini hantar dobi la.aku pakai boxer kain pelekat je lah.ok jumpa esok.

bengong punya ninie.buat aku tergelak sorang-sorang malam tadi.

Thursday, March 29, 2012

sabar

dengan berlatarbelakangkan lagu instrumental kenny g (cewahhh),aku nak story sikit cerita pada hari ini.hari ni mood tak berapa nak ceria sebabnya biarlah Allah sahaja yang tau. kadang-kadang kita tak mampu nak puaskan hati semua orang.ada orang suka dengan cara kita dan ada orang yang tak suka dengan cara kita. itu lumrah kehidupan. kita bukan malaikat. tak mampu puaskan hati semua orang. jalan yang terbaik adalah sabar kerana sabar itu adalah separuh daripada iman. Allah ciptakan manusia dengan pelbagai ragam. Aku bukan manusia yang terbaik tapi aku cuba untuk jadi baik. Biarlah orang lain mengata mengenai keburukan kita, jgn kita mengata tentang keburukan orang lain. Biarlah orang benci kita, jgn kita benci orang lain. Walaupun kadang-kadang perbuatan seseorang itu membuatkan kita sakit hati dan rasa nak menangis, didiklah hati untuk sentiasa bersabar. Menangislah di dalam hati biar Allah shj yang mengetahuinya. Di setiap kesabaran itu, pasti ada ganjarannya. Wahai hati, BERSABARLAH DIKAU!!..

p/s: lepas dah luahkan kat blog ni baru rasa lega sikit =).bukan tujuan untuk memburukkan seseorang tapi hanya sebagai tazkirah untuk diri sendiri supaya berusaha untuk jadi yang terbaik..lots of love~

Monday, March 26, 2012

bedroom idea

nak bilik yang mengadap pemandangan laut cmni ok!haha.sampai mati pon takkan dapat.melainkan adik tengku mahkota johor melamar kau.mungkin akan dapat.dalam mimpi.haha.so kalau nak diikutkan kelogikan akal manusia, hanya idea cam kat bawah ni je yang aku mampu.
oh so sweet!rasa nak makan2 je bilik camni..

Monday, February 6, 2012

skytrex adventure.awesome!

ok kali ni xnak citer psl jodoh.darlene dah pesan jgn risau psl jodoh.yeah u are right!muda lagi kan.kan?kan?

ok this entry i really excited to tell u about our journey to accomplished skytrex adventure.So on a blessed Saturday morning, we made our way to Taman Pertanian Malaysia located at Shah Alam. We signed up for Big Thrill Adventure which involving "26 thrilling challenges with various level of difficulty raging from
“easy“ to “very difficult“. With some of the platforms reaching the height of 17 meters, feel the adrenaline while crossing the “Crazy Zig-Zag“ and flying on the “Sky-crawl“ at the Bermuda Triangle. Hold your breath while crossing “The Earthquake“, test your ability to leap at the “Happy Hopper“ and end the adventure with the grand finale, the 100 meters “Wild Revenge“ which will take you to the finishing platform at an exhilarating speed
" 
 we have to ride an open air shuttle bus to Skytrex venue. Once arrived, we have to fill up a registration form in case of anything happens, they can contact a person that we mentioned in a form. and if anything happens to me, do remember how good I was as a daughter--->wasiat kepada ayah and emak.hehe.
then, initiation circuit and briefing, the dos and don’ts by one of the instructors. after that, the journey has began.haha.but i feel sorry cos i didn't captured any pics while we are struggled up there. so i can share u photos that i took from other website.
 
It was my first ever experienced doing flying fox, climb up 17 metres tree and whatsoever. and all that i can say is..it was a fantastic experienced! u have to try it. believe me.
mission accomplished!! it took about 2 hours to finish the circuit. dan sesungguhnya kami PUAS!!yeay....

Friday, February 3, 2012

i am going to freeze

i am back.

hahahahahaha.x kelakar pon.

xtau nak update apa.my mind is going to freeze coz duduk bawah aircond yang cam haram sejuk nye.malas nak amek remote untuk tukar suhu ke paras air mendidih.biar jelah aku beku di sini.hahahaha.lagi x kelakar.
ape ye nak update?korang ade idea x?apa kata korg je yang update blog aku?hahahaha mungkin kelakar.

ek eh tak sangka dah masuk bulan 2 tahun 2012 sekarang ni. 2012?year of nightmare for me. my age is crawling step by step to reach 26. oh man.am i still young?please say yes..please..please..huhu. soalan bila nak kahwin xpyh tanya la berapa kali aku disoal?bila org soal tuh..aku rasa cam tumbukan mike tyson kena pada muka aku.hoi berdesing oi..berbaldi-baldi dah soalan tuh aku terima.kalo timbang mau sampai 8.5 kilo.

2012.many of my frens are getting married. lots of invitations. then i just prayed for their happiness. hopefully will last forever. and i hope for myself too. thats my goal for this year.kalau x jumpa jodoh jugak, xpelah..yakin je kdg2 Allah xkan bg apa yg kita nak.tp dia akan bg apa yg terbaik utk kita. so i'm okay with it.somehow.

so lets cheer up.xbest la sedey2 ni kan.jom mulakan gerakan mencari jodoh.euwwww~

ek eh just nak buat advance update.sok aku nak g skytrex kt taman pertanian shah alam.so i will story morry to u olsss the experience dat i will get.

cheers!!