Tuesday, November 27, 2012

wordless

Sense of love.

Just kill it. because u know it will kill u soon.assumed that it's only wind blowing through your face and penetrate your heart but it won't remain forever. it will blowing out and disappear.

Don't ask too much to your heart about this feeling. because heart would says : hey u!stop falling in this feeling. it will hurt u more and more. just kill that sense of love because u know u have to.

Don't expecting too much because it won't happen at all. i mean..between 'both of u'.

Ok. i will. i will kill that fucking idiot sense of love. i promise.

p/s: ;)



Sunday, November 4, 2012

Good Luck Kiddos a.k.a SPM Candidates

Assalamualaikum kawan-kawan..

Sejak akhir-akhir ni aku rajin pulak update blog.korang pon mesti musykil kan.padahal follower tak ramai pon.tak payah nak update-update sangat laa.who cares kan.tapi apabila memikirkan masa depan, aku cuba gak update blog.mane la tau nanti boleh tunjuk kat anak cucu.nenek moden la katakan.

Oh ye.hari ni SPM candidates akan menghadapi peperiksaan yang sangat mencuakkan.katanya!padahal diorang tak tau lagi lepas tuh ada peperiksaan a.k.a ujian yang lebih besar.tapi takpelah.biarlah mereka berfikiran begitu.sebab korang-korang pon dulu berfikiran begitu kan.cakap pasal SPM candidates ni, one of them is my brother. semalam pegi la melawat dia kat Sekolah Sains Alam Shah kat cheras nuu.mak aku masak la bagai.siap ada daging salai masak lemak, burung puyuh goreng, ayam kampung goreng, ayam masak merah, sayur campur.perghh!!macam la adik aku ni nak pegi Perang Badar.haha.lawak pulak tengok makayah aku ni.tuh tandanya sayang anak.ok..i salute both of u!

Dah sampai sana, kitorang pon cari port baik kat pondok kecil.ewah!tengok gelagat budak-budak kecik nak amek exam.buku tak lepas dari tangan tuh.ada siap landing kat surau.bagus..sejuk perut ibu mengandung.mungkin malam tadi dia tak tido.bermunajat agaknya.pot pet pot pet borak, akhirnya kitorang pon nak balik.so as usual la kan.adik aku salam mak ayah cakap "halalkan makan minum adik,doakan adik ek"..aku pulak rasa nak nangis.tapi cover baik punya.kakak rock la katakan.pas tuh dia salam aku, aku cakap semoga berjaya, ingat muka akak, sure kau boleh jawab exam (pesanan daripada kakak yang tidak bertanggungjawab.haha)

Didoakan semoga segala-galanya berjalan dengan lancar, ditenangkan hati dan dipermudahkan mereka-mereka untuk menjawab peperiksaan.Just remember, SPM is just something not everything. but u have to try da best. Chayok2!!

Tuesday, October 30, 2012

Craving For Something

Jam menunjukkan pukul 5.20 petang dan untuk makluman semua, saya telah kehabisan kerja. That's GOOD!!intai-intai ke luar jendela, rupa-rupanya hujan turun membasahi bumi (wahh ayat kau!).patutlah sejuk semacam kat ofis ni. Perut tak lapar pon tapi tekak rasa nak makan sesuatu. mengidam?oh no!!

Berfikir sesuatu untuk dimakan.tengok kat meja pantry hanya ada biskut kering hup seng, kerepek-kerepek.alahai..takde makanan mahal lagi ke?miahaha.tanya sama tekak apa kau mahu makan haa?TING!!!!tiba-tiba tekak cakap nak makan fast food.

KFC Zinger Double Down..ALL MEAT, ALL MAN, ALL CHOLESTEROL..ouch..ouch..ouch..

Spice & Ice..HEAT UP.COOL DOWN.WEIGHT UP.thank you very much.

Uwaaaaaaa..bencinya.semua makanan sedap semuanya menambahkan tingkat lemak aku di perut. sekarang ni pon dah macam apartment 3 tingkat.tapi orang tua-tua kata, kalau dah teringin tuh, beli je lah. nanti kempunan. so aku pegang kata-kata tersebut. balik kerja ni boleh pegi beli la kan?kan?kan?(tekak berjoget-joget riang, lemak kata oh yes!!bertambah lagi kawan kita, penimbang kata oh nooooo!!!)

p/s: takpelah..sok kita jogging k..=)

Monday, October 29, 2012

COTTON GRADE A

Assalamualaikum w.b.t

Hari ni berlaku lambakan kain cotton kat ofis. rase macam kerja kat kilang cotton plak.padahal takde la banyak sangat pon. tapi serius beb..corak-corak dia santek-santek.meh aku try bagi korang tengok.kot-kot ade berkenan nak buat baju untuk kenduri kawen ke, deepavali ke, christmas ke ataupun masa nak sambut tahun baru ke.takde salahnye pakai baju kurung cotton instead of korang pakai baju yang macam tak cukup kain tuh kan.miahahahaha mari belasah aku.mulut takde insurans.



 




Panjang 4m, bidang 45", harga RM 80.00



Tuesday, August 14, 2012

my best friend is myself

Assalamualaikum w.b.t

Korang ingat tak dulu masa zaman kanak-kanak ribena time-time kat sekolah, korang wujudkan buku biodata untuk kawan-kawan. kawan-kawan pon dengan perasan teruja dan gediknya tulis maklumat-maklumat diri dengan kepala biodatanya tertulis "welcome to my world" or "lets check it out" or "something bout me"..ecewahh bajet internasional la tuh.LOL. ok bukan kepala biodata yang aku nak citer tapi nak sentuh pasal "kawan baik" or "best friend" or "kawan kencing kamceng" or "kawan sebulu" (haktoi! tak senonoh bunyinye). Selalu kan kalau kat biodata ada tulis sape kawan baik kita. seperti contoh kawan baik: tipah, peah, hantu kak limah dan sebagainya. aku tau korang mesti selalu gedik-gedik tulis biodata an?an?an?aku pon tak terkecuali.aku pon ada state kan siapa kawan baik aku tapi dah lupa sebabnya setiap tahun ada je perubahan.hahaha.taklah..aku tipu je.sebabnya aku dah tak ingat siapa yang aku state kan tuh.

Tapi kan bila dah menginjak dewasa ni.eceh menci tau sebut dewasa-dewasa ni.cam dah tua je rasa.aku rasa perkataan "best friend" tuh dah tak sesuai. bukan sebab aku suka isolate kan diri or suka nak bermusuh-musuhan dengan orang, tapi perkataan "best friend" ni kalau tak silap aku bermaksud seseorang yang korg boleh berceghita saat suka dan duka, yang sentiasa update antara satu sama lain, yang sentiasa hang out together, yang sentiasa menangis sebab rindukan korang (perghhh ni giler punya ekstrem kawan baik ni..lain mcm dowh~). tetapi disebabkan kekangan masa yang dialami..almaklumlah masing-masing dah ada komitmen sendiri (keje, boyfriend, family etc)..thats why aku kata perkataan "best friend" dah tak sesuai untuk aku sekarang.

Teringat masa zaman sekolah rendah dulu, kawan baik aku adalah jiran sebelah umah. pergi sekolah sama-sama, balik sekolah sama-sama, main petang sama-sama, kena kejar anjing sama-sama (hoii giler hanjing ko anjing!!!).best jadik budak kecik yang belum baligh ni. terasa dunia bagai syurga..perghh!!tapi biler kena marah dengan cikgu dan makayh, terasa bagai berada di pintu neraka.masyaAllah.ingat dulu-dulu masa aku main kat taman mainan kat umah aku..balik lewat setengah jam daripada waktu yang ditetapkan oleh si ayah.balik-balik jek, si ayah dah cekak pinggang. ok time tuh rasa macam nak cari ayah angkat yang sangat baik hati dan tak suka marah-marah.hahaha giloo aku ni.tapi, walaupon si ayah garang, dia tetap baik.aku sayang si ayah sampai mati. terima kasih kerana telah mendidik si anak sehingga berjaya (berjaya la sangattttt aku ni)

Zaman sekolah menengah pulak, kawan baik aku adalah rakan-rakan sekelas.kepala hotak dorg sama cam aku.kenakalan tiada tandingan. sekolah semuanye pompuan. so kitorg pon jadik heroin la dalam kelas tuh.selalu kelas dapat anugerah black list. banyakkan jasa kitorg.ngee~tapi memang best zaman sekolah. kalau diberi peluang, memang nak kembali ke sekolah. nak jadi budak baik, tak nakal2 dah, nak belajar rajin-rajin sampai boleh jadi pelajar paling cemerlang di dalam Malaysia.hehu.

Lepas habis sekolah, masuk matrik pulak. It was sucked!!jadual packed giler.hidup hanya dengan buku.diorang laa bukan aku.hidup aku hanya dengan tilam.stress tol dok matrik.skema rama je budak2 nye.tapi banyak gak pengajaran yang aku dapat daripada matrik tuh.aku mula belajar jadi budak baik, belajar mendekatkan diri dengan Allah, belajar hidup berjauhan dengan makayah, belajar hidup berdikari..Alhamdulillah..

Lepas matrik, masuk UPM..baru rasa boleh bernafas. hidup sangat enjoy.dapat jumpa ramai kawan2.dapat lepak kat luar sampai kol 1 pagi pon orang tak heran. perghh nikmatnya zaman belajar..

Sekarang dah keje..masih enjoy tapi kadang-kadang bosan gak. kawan-kawan ramai yang dah kawen. kadang-kadang teringin gak nak rasa hidup berumahtangga.hehu.kalau nak enjoy, aku carik kawan kat UPM.kat situ ramai kawan-kawan yang single tapi tak sure available ke tak.bukannyer leh caye diorang ni. kalau boring kat rumah, aku ajak kawan-kawan sekolah hang out sama-sama.

Syukur Alhamduliilah aku masih ada kawan lagi setakat hari ni. walaupon jarang-jarang sangat jumpa diorang, tapi ingatan pada diorang tetap wujud.perghhh!!ayat kau tak leh blah..so kesimpulannya,

so kepada sahabat-sahabatku sekalian, ini khas untuk anda

p/s: cheers~

Wednesday, July 25, 2012

workaholic or workaphobic?

Assalamualaikum w.b.t & holla u olls


hahahaha....

u know what? sometimes when u are doing the same things everyday or when u are required to do works that u are not interested to do it..u will feel like what i feel.. getting bored at work and suddenly this word will come out through your mind.."napelah aku buat benda ni.tuh la dulu angan-angan nak jadi doktor tp xmoh belajar rajin-rajin. pas tuh taknak plak jd engineer sbb nanti kena buat keje2 mcm lelaki.pas tuh skrg baru la nak nyesal"...muehehehe.feel like a stone fall onto my head.padan muka!!

but not everyday i feel like that. just sometimes.yep sometimes.people said "life is just like a wheel. sometimes u feel happy but at one time u feel depressed. sometimes u feel alone but at one time u feel like everybody is care about u." yup i agree with that.

ok we go back to our topic.it's about work. i need something challenging. instead of do work of marketing, i prefer panjat gunung turun gunung, tanam pokok jagung waktu tengahari (muehehe hipokrasi di situ)..seriously i am not interested at all. plus ad hoc work yang dan-dan je nak segera..buatkan aku rimas.eceh..at that time semua orang huru-hara mcm tsunami je tapi aku cam terpikir..kalau huru-hara leh selesaikan masalah ke?just relax, take a deep breath and think.kalau huru-hara,aku pon tak leh nak berpikiaq.marketing is not my passion.tapi apo nak buek..kojo jo laa..hey azlina..bersyukur jelah.kat sini la rezeki ko.kt sini la juga ko cari duet untuk mentekedarah.ok syukur alhamdulillah...

tiba-tiba rindu nak belajar maths dan nak aplikasikan maths dalam kerja seharian.haa u got it??itu bermakna aku suka kerja-kerja yang melibatkan pengiraan bukannya pemasaran atau pemikiran.yeah so sad..

actually that is not a big issue and i'm ok with it.as long as majikan aku masih bayar gaji, aku akan setia di sini. cuma tgh belajar cara-cara mcm mana nak buat kerja dengan perasaan yang teruja dan seronok (sambil letak kedua-dua tgn atas bahu dan mata pandang ke atas..euwww)

hahahaha...

Monday, July 23, 2012

Ahlan Wasahlan Ya Ramadhan!!

Assalamualaikum w.bt kepada blogger & unblogger

First of all, I wanna wish u guys Happy Ramadhan & may Allah shower his blessings on you during this Ramadhan and always!InsyaAllah..

So bagaimana puasa anda hari ini?Hari ni dah masuk hari ke-4 kita berpuasa dan sama-samalah kita melafazkan rasa syukur di atas peluang yang Allah berikan kepada kita sehingga kita dapat bertemu semula dengan Ramadhan. Sempena bulan Ramadhan ni, aku punyer entri pon agak bersopan-santun lah kan.bukan hipokrit tau tapi cuba nak jadi baik sikit.

Sempena Ramadhan ni jugak, aku ada memasang beberapa niat. Jom stalk niat aku:


 1)
haa..ni la dia niat pertama aku.katakan tak nak pada mengumpat!!ngee~bila pikir2 balik kan..aku rs tiap2 hari aku terjebak dengan mengumpat kot.ish3..xmoh xmoh xmoh tau..apa gunanya kita berlapar dan berdahaga tapi berkat daripadanya kita tak dapat.rugi woo wa cakap sama lu..

2)
InsyaAllah..itu harapan aku.xnak tinggalkan tarawih kecuali kalau 'dikecualikan'..hehu.harap masih diberi kekuatan iman..chaiyok2!!

3)
Memperbanyakkan membaca Al-Quran..insyaAllah..

So uollss..marilah sama-sama kita menghayati kelebihan bulan Ramadhan dan semoga kita sama-sama mendapat keberkatan di dalamnya..last but not least, SELAMAT BERPUASA KWN2!!

lots of luv~