Friday, November 11, 2011

dosa saya.anda?

bila manusia melihat manusia lain mengumpat, timbul keinginan untuk tahu isi kandungan perkara yang diumpatkan. setuju?

mengumpat memang sesuatu yang menyeronokkan.saya tahu anda setuju. cerita tentang keburukan manusia lain ditambah pula dengan perasa-perasa tambahan memang menyeronokkan. kita kata manusia itu tak betul, manusia itu menyusahkan, manusia itu keji dan sebagainya.

tapi....

bila mana kita mengumpat tentang manusia lain, pernah tak kita terfikir bahawa diri kita juga tidak sempurna. tiada manusia dilahirkan sempurna. ya saya akui..kadang-kadang kita benci dengan manusia lain, kita akan cari keburukan manusia itu lalu kita sama-sama berjemaah melakukan umpatan terhadap manusia itu.

itu dosa saya. sesungguhnya dosa saya dan dosa anda sangat banyak. setuju?

dosa mengumpat adalah lebih besar daripada dosa zina. MasyaAllah. dosa zina bila mana kita bertaubat, Allah akan ampunkan segala dosa yang dilakukan. tetapi bila bercakap tentang dosa mengumpat, tidak akan diampunkan oleh Allah akan dosanya selagi kita tidak meminta ampun daripada orang yang diumpat. Nauzubillah.

saya bukan orang alim, saya bukan ustazah pilihan =p..tetapi saya cuba untuk mencari keredhaan Allah.

love~

Thursday, November 3, 2011

real steel is real

last night we decided to watch Real Steel in which at the end of the movie, I thought I would like to give standing ovation to that movie.but it was not happened at all because I'm a very shy person as u olll know.ahaks.IF U GET ONE SHOT, MAKE IT REAL!
thumbs up!

Thursday, October 20, 2011

when we talked about racist

I explored the writings of Dr M in his blog, and I found something interesting to share with u guys.u read n u judge.
.................................
Perkauman Sebagai Modal
Adalah
agak menghairankan apabila orang seperti Param Cumaraswamy menuduh orang lain bersifat perkauman kata-kata mereka mendedahkan sifat perkauman mereka sendiri. Bagi mereka, seseorang itu “racist” (bersifat perkauman) cuma apabila bercakap mengenai bangsa Melayu dan keperluan mereka untuk berusaha mengejar pencapaian bangsa lain.
Tetapi,
jika mereka bercakap mengenai masalah kaum lain yang tidak berasas dan tidak benar seperti membuat kenyataan karut bahawa kaum India Tamil di Malaysia menghadapi “penghapusan etnik” yang masyarakat tahu ianya tidak terjadi, ini tidak dianggap bersifat perkauman. Cuma di Malaysia sahaja orang daripada kaum pendatang, atas kehendak mereka sendiri dikenali dan dikaitkan dengan negara asal mereka, telah diterima sebagai warga negara.
Di negara-negara lain,
termasuklah di negara Barat yang demokrasi mereka begitu dikagumi, warga negaranya tidak dikaitkan mahupun diklasifikasikan mengikut negara asal mereka. Mereka juga selalu menggunakan bahasa kebangsaan, negara berkenaan, bersekolah dimana bahasa kebangsaan menjadi bahasa pengantar dan menerima adat resam bangsa pribumi ataupun bangsa yang mula-mula menubuhkan negara itu (apabila bangsa pribumi telah dihapuskan secara terancang).
Tetapi di Malaysia walaupun bahasa kebangsaan adalah bahasa pribumi, ramai rakyat Malaysia yang tidak
boleh bertutur bahasa tersebut, malahan secara lazimnya tidak menggunakan bahasa itu di rumah mahupun dengan rakyat Malaysia yang lain. Apabila orang asing bercakap dalam Bahasa Malaysia mereka akan
menjawab dalam Bahasa Inggeris. Orang asing tidak mengerti mengapa mereka kelihatan merendah-rendahkan bahasa kebangsaan mereka sendiri. Di dalam masa yang sama mereka ini menyoal mengapa tiada Bangsa Malaysia.
Sekolah-sekolah yang menggunakan bahasa negara asal mereka bukan sahaja dibenarkan malahan dibiayai oleh Kerajaan. Cuba cari sekolah sebegini di Asia Tenggara ataupun di negara-negara maju yang dianggap liberal dan didakwa tidak berlaku diskriminasi kaum. Sebenarnya terdapat lebih ramai orang keturunan India di United Kingdom daripada di Malaysia. Tetapi tidak ada sebuah sekolah pun yang mengguna bahasa-bahasa India sebagai bahasa pengantar di United Kingdom.
Orang
seperti Param tidak akan nampak semua ini. Sebaliknya dia melihat sebarang usaha untuk meningkatkan keupayaan rakyat pribumi supaya setanding dengan rakyat bukan pribumi sebagai bersifat perkauman.
Dengan bongkak dia seolah-olah mahu melihat rakyat pribumi semuanya mengemis didalam negara mereka sendiri. Saya mengaku saya bercakap mengenai Ketuanan Melayu semasa di Johor. Sebelum itu, cendekiawan-cendekiawan Melayu telah begitu lama bercakap mengenainya. Tidak pernah ada pandangan bahawa mereka itu bersifat perkauman ataupun ada cadangan supaya mereka ditahan dibawah Akta Dalam Negeri (ISA - Internal Security Act). Saya bercakap mengenai isu itu secara kritis kerana saya menganggap mendakwa diri kita sebagai tuan bila kita bukan tuan adalah aneh. Bagaimanakah boleh seorang pemandu Melayu yang memandu kereta kepunyaan orang lain menganggap dirinya “Tuan” dan pemilik kereta itu berkedudukan lebih rendah daripada dirinya? “Tuan” yang sebenarnya adalah pemilik kereta dan orang yang membayar gajinya.
Di dalam ucapan saya, saya menasihatkan orang Melayu supaya menimba ilmu dan kemahiran supaya boleh digunakan untuk mencari kekayaan bagi diri mereka kerana cuma dengan cara demikian sahaja mereka akan dianggap “Tuan” oleh orang suruhan dan pekerja mereka.
Adakah ini hasutan ataupun menghasut? Adakah membicarakan mengenai bangsa Melayu dan kepentingan mereka menjadi satu hasutan?
Sebaliknya,
cuba kita teliti memorandum Hindraf kepada pihak British. Ramai termasuk kaum India tidak membacanya. Untuk mendapatkan sokongan kaum India Tamil, Hindraf mendesak pihak British supaya membayar gantirugi 1 juta pound sterling (lebih kurang RM 7 juta) kepada setiap orang kaum India Tamil yang terdapat di Malaysia. Ini sudah pasti berupaya mempengaruhi bukan sahaja mereka yang berpendapatan rendah tetapi juga golongan pertengahan dari keturunan Tamil India. Sudah pasti golongan pekerja kaum India terpengaruh.
Terdapat juga didalam memorandum Hindraf sedutan-sedutan seperti berikut yang jelas bersifat perkauman:
1)“Kaum India Komanwel yang merupakan rakyat yang mencintai keamanan di Malaysia ditindas oleh Kerajaan yang didokong oleh pengganas bersenjata kelompok ekstremis Islam telah dengan ganasnya melancarkan satu serangan bersenjata sebelum subuh dan memusnahkan Tokong Hindu Mariamman di Kampung Jawa pada pukul 4 pagi ini (15.11.07)”.
2)“Memohon kepada United Kingdom untuk membentangkan satu resolusi tergempar Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu mengutuk “Penghapusan Etnik” di Malaysia”.
 Saya tidak mahu menambah lagi lain-lain kenyataan yang begitu mengapi-ngapikan perasaan perkauman yang terdapat didalam memorandum Hindraf tersebut. Walau bagaimanapun, saya ingin menyebut mengenai ugutan yang dibuat oleh Hindraf didalam kesimpulannya;
“Kami risau kaum India berketurunan Tamil yang cintakan keamanan setelah dipinggirkan dan ditindas, semakin hari semakin teruk, akan pada satu ketika, secara terpaksa mengambil langkah keganasan sebagaimana yang terjadi kepada kaum Tamil di Sri Lanka.”
Adakah Hindraf bercadang menjadikan Malaysia sebagai Sri Lanka di Asia Tenggara?
Saya tidak percaya majoriti orang Tamil di Malaysia bersetuju dengan gambaran yang dibuat oleh Hindraf. Malangnya, seperti orang Melayu, cuma beberapa orang sahaja yang membaca memorandum yang sebenarnya. Jadi mereka menyokong Hindraf secara membuta-tuli.
Tetapi jika anda membaca apa yang telah saya nyatakan tidakkah anda akan membuat satu kesimpulan bahawa Hindraf dan Param Cumaraswamy, yang membantah penahanan mereka dibawah ISA bersifat perkauman, terutama di atas kehendaknya supaya saya ditahan dibawah Akta itu kerana menyatakan
kepada orang Melayu supaya menyedari yang mereka bukan “Tuan” apabila mereka terpaksa mencuci kasut orang lain. Jika mereka ingin menjadi “Tuan”, mereka mesti menimba ilmu dan kecekapan untuk berjaya didalam kehidupan. Dan apabila mereka berjaya martabat mereka akan meningkat samada mereka dipanggil “Tuan” ataupun tidak.
Nampak jelas menurut Param Cumaswamy , bercakap mengenai orang Melayu adalah satu hasutan yang berbau perkauman.
Jadi siapa yang bersifat perkauman; Param Cumaraswamy atau Dr Mahathir?
Saya tidak akan meminta supaya dia ditahan.
Sebagai
seorang peguam yang memahami undang-undang, dia perlu menilai dirinya
samada dia seorang yang bersifat perkauman dan perlu ditahan atau tidak.
...........................................................................................................................
I love u Dr M.keep on posting.
peace~

Friday, September 30, 2011

sesuatu yang ingin dimiliki tetapi sukar direalisasi

1. i dunno the date that i bought DSLR.it's about more or less 2 years ago. and of course i choose a cheaper one brand sony.bajet tarak maa.i'm lucky because my superhero dad are willing to be a share partner.thank u dad for making my dream becomes real. but there's one more thing about DSLR that i really aim to have it.lens SAL85F14Z 85mm f/1.4.and the price is RM 1,299.OMG!!tuh belum tgk yang lain2 yang lagi power daripada tuh.for the beginner, lens cmtuh dah kira ok la tuh.xpayah bajet cam professional ye.huhu.ayah, do u still willing to be a share partner again?=p
 2. ok the second wish is..i want to learn how to play guitar.i know this statement will annoying uolllss.tp serius..teringin sgt nak main.when i watched vc of najwa latif in youtube, rs teringin nak jd cam dia.time2 boring blh melalak sorang2 sambil memetik gitar.tapi sape nak ajar aku haa?any volunteer?tp kalau nak main gitar, i have to spend some money gak nak beli gitar.ish duit lagi..semuanya nak kena guna duit.kan bagus kalau blh byr guna bulu ketiak.kan?kan?kan?

3. Nike LunarGlide+ 3..hny mampu tengok,belum mampu dimiliki..sadis.


 4. actually there's so many things that i dream of. tp cukuplah setakat ni shj entri aku.nanti lagi byk aku list,lagi kuat setan menggoda aku.haha.

Saturday, September 10, 2011

raya blues

late entry about our 1st raya. nothing much to story morry about my raya blues.same like before.1 day before raye we went to kg belah mak.we cooked rendang..dats compulsory every time raye.even raye haji pon kena wat rendang gak.then penginapan 2 hari 1 malam di kampung.
famili kitorg xde tema baju.pakai je ikot suka.and the best thing is..rmai ckp aku dh gemuk kembali.wahh..sebelum ni aku kurus ke?muahaha..takde maknanye.Looking at my raya picture this year, yes I am fatter than last year, which is so depressing. Trying to make some lifestyle changes but it is so difficult. I have been battling weight since forever, and this is like the one obstacle that I cannot defeat anymore.rase nak buat sedut lemak je.muahaha. ok malas nak ckp banyak.tgk je la gmbr raye kitorg kt bawah ni:
 hei budak.lu kasi wa rindu sama lu..

Monday, September 5, 2011

ceritera jodoh

bila cerita tentang jodoh.hati aku jd sayu.nak tau kenape?sbbnye aku belom jumpa lg sang putera yang boleh menawan hati aku.eceh cam la pandai berpujangga aku ni.
bila baca blog member,aku jeles.jeles sbb dia tgh bahagia and sooner or later she will getting married.dan dalam aku baca blog member, ada plak member aku sorg lg mesej offer aku jadi pengapit dia masa wedding reception dia nanti.bertambah sayu la aku.untuk menguatkan semangat dan keimanan aku, aku tergerak utk search artikel yang menceritakan mengenai jodoh.
.............................................
"Nyatakanlah perasaan dan keinginan anda dalam doa-doa lewat solat. Allah itu Maha Mendengar.
Wanita baik untuk lelaki yang baik, sebaliknya wanita jahat untuk lelaki yang jahat. Yakinlah pada janji-Nya kerana kita orang yang beriman.
Biar lambat jodoh asalkan mendapat Mr. Right dan biar seorang diri daripada menjadi mangsa lelaki yang tidak beriman kemudian nanti.Memang kita mudah tersilap mentafsir kehidupan ini. Kita selalu sangka, aku pasti bahagia kalau mendapat ini. Hakikatnya, apabila kita benar-benar mendapat apa yang kita inginkan itu, ia juga datang bersama masalah.Kita juga selalu melihat orang memandu kereta mewah dan terdetiklah dihati kita, alangkah bahagianya orang itu.Hakikatnya, apabila kita sendiri telah memiliki kereta mewah, kita ditimpa pelbagai karenah.Tidak mustahil pula orang yang memandu kereta mewah terpaksa membayar lebih tatkala berhenti untuk membeli durian di tepi jalan.Ketika anda terperangkap dalam kesesakan jalan raya, motosikal mencelah-celah hingga mampu berada jauh dihadapan.Anda pun mengeluh, alangkah baiknya kalau aku hanya menunggang motosikal itu dan cepat sampai ke tempat yang dituju.
Padahal si penunggang motosikal sedang memikirkan bilakah dia akan memandu kereta.

Bukan semua yang anda sangka membahagiakan itu benar-benar membahagiakan.

Berkahwin itu indah dan nikmat bagi yang benar-benar mengerti segala tuntutannya. Berkahwin itu menjanjikan pahala tidak putus-putus bagi yang menjadikannya gelanggang untuk menjadikan syurga sebagai matlamat.
Berkahwin itu sempadan dari ketidaksempurnaan insan kepada kesempurnaan insan bagi yang mengetahui rahsia-rahsianya.Berkahwinlah demi Tuhan dan Nabi-Nya, bukan kerana perasaan dan mengikut kebiasaan.Jodoh usah terlalu dirisaukan, tiba masanya ia akan datang menjemput, namun perlu juga anda membuka lorong-lorongnya agar jemputan itu mudah sampai.
Kadangkala Allah sembunyikan matahari, Dia datangkan petir dan kilat. Kita menangis dan tertanya-tanya, kemana menghilangnya sinar. Rupa-rupanya Allah nak hadiahkan kita pelangi.
Cinta yang disemadikan tidak mungkin layu selagi ada imbas kembali.
Hati remuk kembali kukuh selagi ketenangan dikecapi.
Jiwa yang pasrah bertukar haluan selagi esok masih ada.
Parut lama pastikan sembuh selagi iman terselit di dada.
Kekayaan yang paling kaya adalah akal, kemiskinan yang paling besar adalah jahil, keburukan yang paling hodoh adalah sesat.
Tidak berguna adanya mata andai tidak dapat melihat, tak guna adanya hati kalau tak tahu menilai.
Nilailah hati itu dengan teliti sebelum pergi mengundur diri kerana segalanya bermula dengan niat yang bertempat di hati"
 
Another..

"Semua yang terjadi pada diri manusia itu sudah ada qada’ dan qadar nya, termasuklah soal jodoh yang merupakan antara perkara terpenting bagi seorang wanita. qada’ ialah ketentuan manakala qadar ialah sukatan. qada’ ada 2, pertama yang sudah tetap seperti kematian dan yang kedua ialah yang boleh diusahakan seperti jodoh…
bagi wanita yang sudah bertemu pilihan hati yang sesuai, dan sudah sampai masa utk berkahwin, dibolehkan utk wanita itu ‘meminta’ lelaki pilihannya melalui org tengah, spt kwn2, ustaz, atau saudara maranya. contoh terbaik adalah saidatina khadijah isteri Rasulullah, beliau meminta tolong org tengah untuk ‘bertanya’ ttg nabi. dan hasilnya sangat baik sehingga khadijah menjadi isteri yang paling dicintai nabi. subhanallah. jika niat kita benar dan ikhlas, insyaallah rahmat allah sentiasa mengiringi. jangan terlalu memikirkan kata masyarakat jika jodoh belum sampai, mulut org bukan kawalan kita kan…namun kita wajib usaha, bukan sekadar berdoa diatas tikar sejadah saja untuk dipertemukan jodoh…
bagi yang sudah berusaha spt di atas namun belum bertemu, janganlah kamu merendah diri kerana Allah amat menyayangimu, jgn sesekali kamu menggugurkan diri pada sang lelaki yang tidak halal buatmu, daripada jaga diri tak couple tetiba rasa nak couple sbb tkt tak dapt jodoh, nauzubillah, islam ada panduannya kan…inilah ujian allah utkmu utk meningkatkan imanmu…jangan putus asa…jika takdir dirimu tidak bertemu jodohmu di dunia, pasti allah balas kesabaranmu dengan suami di syurga kelak…

wallaahualam…"

haa..kan touching tuh bila baca.kan?kan?kan?i dunno how to put in words my feeling rite now.
Allah knows better.for now, i just hoping for the best in my life.thanx Allah until now U still give me a chance to breath and beribadat di atas tikar sejadahMu..syukur!

Thursday, August 25, 2011

ooo la la..

yahooooooooo....
meeting pengurusan bahagian postpone after raya..tq boss..i love u so much.aku harap bos aku baca blog ni.nak tunjukkan betapa aku syg kat dia bila dia postpone meeting.kehkeh.oh bahagia.

tomorrow i'll coming back my hometown membawa kuih-kuih raye yang satu lori.haha tak sia-sia mak aku lahirkan aku yang kuat melantak ni.haa satu lori aku bwk balik kuih raya.mak..wait for me mak..anakmu balik umah bawak lori kuih raye dengan kibaran jalur gemilang.hari kemerdekaan takkan dilupa.bangga makayah aku dapat anak cam aku.kan?kan?kan?
p/s: i tried to find a pic of lorry driving on the road with malaysia flag.tp xde pon.so this is only a nice n cute pic.boy running with malaysia flag.HAPPY MERDEKA MALAYSIAN!!
ok.baju raya dah beli.handbag dah beli.kasut raya?hurmm pakai kasut keje je la kot.ke ada yang nak sponsor?hamper raya dah dapat.pakwe raya je lom ade lagi.haha.ok la..for all the muslims,i wanna wishing u SELAMAT HARI RAYA.MOHON MAAF JIKA ADE TERKASAR BAHASA,TERLEBIH GURAUAN.semoga thn ni memberi lebih makna buat kita.eceh.

p/s: hati-hati balik kampung..ingatlah orang yang tersayang.